ViVix From Shaklee

VIVIX.


ViVix From Shaklee
ViVix From Shaklee
Satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular. Beberapa tahun yang lalu, Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplement revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan untuk melawan kesan penuaan manusia pada tahap sellular. Sehingga ke hari ini lebih dari 1 juta botol vivix telah pun terjual diseluruh dunia.


ViVix From Shaklee
ViVix From Shaklee
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang telah dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat nombor 1 supplement makanan diAmerika Syarikat.


ViVix From Shaklee
ViVix From Shaklee
Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak yang besar kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sellular.

4 mekanisme penuaan pada tahap sellular.

               Kerosakan DNA.

Setiap hari, setiap sel tubuh kita diserang oleh hampir lebih dari sejuta serangan yang mahu merosakkan DNA. Serangan-serangan ini bertujuan untuk merosakkan pengkalan data genetik, lalu menghasilkan satu ’typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix berfungsi secara semulajadi untuk melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

               Pengawalan Genetik.

Pengawalan genetik memberi manfaat untuk mengelakkan deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Didalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

               Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel.

Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel tubuh menghasilkan tenaga harian yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun maka fungsi sel-sel juga akan turut menurun. Ramuan yang terdapat didalam vivix pula menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria secara aktif untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel tubuh manusia.

               Penimbunan protin AGE.

Penimbunan secara berlebihan protin AGE (advance glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu kekuatan sel dan keupayaan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) yang bertindak untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan proses penuaan pada tahap sellular. Ia juga bertindak untuk melawan proses penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu. Didalam kajian satu makmal, ramuan vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular:

1.      Melindungi dan membaiki sellular DNA.

2.      Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.

3.      Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria.

4.      Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products)

Juga menolong membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan anti oksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan secara menyeluruh dan kesejahteraan hidup.

Anggur muscadine (muscadine grape)


ViVix From Shaklee
ViVix From Shaklee
Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia mempunyai lebih banyak faedah keatas kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Oleh Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat kerana itu menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuatkan vivix begitu banyak faedahnya kepada kesihatan kita. Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur dialam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli sains sangat percaya ia berfungsi mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang sangat tinggi, asid ellagik ialah satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan ia telah menunjukkan yang ia mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan kimia dalam tubuh penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Selepas dilakukan satu kaji selidik tambahan,  jenis anggur hebat yang paling mustajab ini telah pun dikenal pasti, seterusnya kumpulan ini bersama dengan ahli sains dari Universiti Georgia membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains telah menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, elderberry eropah dan lobak ungu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti penuaan sellular Vivix.

Lobak Ungu (purple carrot)


ViVix From Shaklee
Purple Carror (Lobak Ungu)
               Lobak Ungu (purple carrot) adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuklah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah-buahan dan sayuran-sayuran. Buah Beri yang mengandungi banyak anthocyanins terutamanya blueberry mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi. Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Lobak ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh lobak ungu-oren. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi berlebihan. Sejak kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan anthocyanins menunjukkan banyak aktiviti biologi termasuk antioksidan, anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogen. Tambahan pula, ia menunjukkan kesan yang baik pada saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry (Sambucus Nigra)


Elderberry (Sambucus Nigra)
Elderberry (Sambucus Nigra)
               Satu daripada manfaat Elderberry ialah keberkesanannya yang sangat cemerlang dalam mengubati simptom flu terutama sekali influenza B. Buah berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama, Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza. Apa yang menarik ialah elderberry bukan hanya kaya dengan antioksidan tetapi juga vitamin A, B dan C serta nutrient seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari elderberry. Selain dari menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, elderberry dan ekstraknya juga berkesan terhadap keadaan seperti jangkitan yis, asma, batuk, hidung tersumbat dan diabetes. Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol serta menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab utama penyakit kardiovaskular. Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi  perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok, serangan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

Polygonum Cuspidatum


Polygonum Cuspidatum
Polygonum Cuspidatum
               Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, tumbuhan ini juga banyak ditemui diAmerika Utara dan Eropah.  Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun) adalah sumber komersil Resveratrol. Resveratrol juga terdapat didalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur. Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun) diakui mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan seperti Resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli sains telah banyak melakukan ujian makmal keatas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan keatas Resviratrol. Kesimpulan dari ujian ini menunjukkan Resviratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolestrol, merendahkan paras tekanan darah tinggi, meningkatkan tenaga disamping menurunkan berat badan ketahap yang ideal. Suplement Resviratrol mungkin jawapan untuk memanjangkan usia kita. Ujian sebenar untuk supplement anti penuaan  ini adalah masa. Dimasa akan datang usia purata adalah didalam lingkungan 120 tahun, mereka yang mengambil supplement Resviratrol akan berterima kasih untuk satu lagi penemuan saintifik yang penting ini.

Keistimewaan Vivix.


ViVix
ViVix
·        Melawan penuaan selular.

·        Perlindungan anti oksidan maksimum.

·        Melindungi dan membaiki selular DNA.

·        Melambatkan pembentukan protein AGE.

·        Meningkatkan tenaga selular.

·        Meningkatkan kekebalan sistem imun tubuh.

·        Menggalakkan biogenesis mitokondria.

·        Menyokong kesihatan kardiovaskular.

·        Menyokong kesihatan jantung.

·        Memberi impak positif mengawal selia genetik.

·        Menyokong kesihatan sendi.

·        Menyokong kesihatan baik dan kesejahteraan.

·        Menyokong kesihatan otak.