Kesan Gemuk Dan Banyak Lemak Badan
Apabila fikiran dikuasai keinginan meluap mahu kurus, segala usaha sanggup dicuba, termasuk menggunakan kaedah yang boleh membahayakan kesihatan.
Malah, ada yang mengaitkan bentuk badan dengan keyakinan. Soalnya, benarkah orang berbadan kurus dikatakan lebih yakin dan puas dengan kehidupan mereka?
Ini perkara subjektif kerana artis serba boleh, Adibah Noor dan Syaniza Hisham (Syanie) antara contoh individu yang selesa dan yakin dengan diri sendiri.
Bagaimanapun, bukan semua orang memiliki semangat dan keyakinan seperti Adibah dan Syanie. Ada yang mudah hilang keyakinan apabila membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Sedihnya, perbandingan itu tidak terhad kepada saiz badan dan kesihatan, malah pakaian juga dijadikan ukuran kerana segala yang tersalut di badan orang lain dilihat lebih molek.
Persepsi seperti ini perlu diubah kerana harta paling berharga ialah kesihatan. Apabila sihat dan memiliki berat badan seimbang, secara automatik kita berasa selesa dan lebih yakin.
Kajian mendapati berat badan sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan dan kepuasan hidup seseorang. Hasil ini diperoleh daripada kajian Keyakinan Diri, Kepuasan Hidup dan Pengukuran Berat yang dijalankan Frost & Sullivan ke atas 332 responden di Lembah Klang, awal tahun ini.
Menurut Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, antara penemuan menarik ialah individu yang memiliki ukuran pinggang kecil lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka.
Katanya, isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai rakyat negara kita gemuk dan obes.
Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, 43.1 peratus penduduk negara ini mengalami masalah kegemukan dan 16 peratus daripada mereka adalah obes.
Peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu ini membimbangkan pakar perubatan kerana ia mendekatkan ramai orang dengan pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental.
“Individu gemuk sering menerima pelbagai persepsi negatif seperti malas, kurang daya kawalan diri dan keyakinan serta memiliki personaliti kurang menarik.
“Pandangan negatif, syak wasangka dan diskriminasi seperti ini boleh menyebabkan individu gemuk dan obes mengalami tekanan mental.
“Diskriminasi terhadap orang gemuk bermula dari zaman kanak-kanak apabila menjadi bahan ejekan atau usikan kawan. Beberapa kajian menunjukkan kadar kelaziman gangguan mental meningkat dengan jumlah Indeks Jisim Badan (BMI). Ini bermakna lebih ramai orang gemuk dan obes mengalami gangguan mental,” katanya ketika membentangkan hasil kajian anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (MASO) dan Abbott Laboratories melalui kempen Happy Weight at 10.
Kajian yang dibuat secara bersemuka selama 15 minit itu membabitkan 120 lelaki dan 212 wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun dan kebanyakannya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik (74 peratus memiliki ijazah dan diploma) dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.
Didapati secara purata penduduk Malaysia, terutama di Lembah Klang, mempunyai berat badan 67.8 kilogram, ketinggian 1.63 meter dan ukuran pinggang 77.8 sentimeter (31.1 inci).
Ini bermakna BMI purata ialah 25.08 — yang meletakkan kebanyakan penduduk kota termasuk dalam kumpulan berlebihan berat badan. (Untuk ukuran BMI penduduk Asia, rujuk Jadual 1).
Mengapa kajian ini dibuat mengikut ukuran BMI penduduk Asia? Dr Ng berkata, badan orang Asia berbeza dengan penduduk Barat, terutama daripada segi jumlah kandungan lemak, walaupun mempunyai ketinggian dan berat badan sama.
Secara semula jadi, pada ketinggian dan berat sama, orang Asia mempunyai lebih kandungan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan kita lebih berisiko mendapat pelbagai penyakit kronik disebabkan kegemukan dan obesiti.
Berdasarkan kajian berkenaan, didapati tahap kepuasan hidup responden pada tahap sederhana. Namun paling menarik ialah, apabila ditanya sama ada hidup untuk makan atau makan untuk hidup, 70.5 peratus berkata mereka makan untuk hidup dan 29.5 peratus lagi memilih hidup untuk makan.
Masalah pertambahan berat badan dan saiz pinggang lebih ketara di kalangan wanita berumur (36 hingga 40 tahun) sementara rata-rata responden lelaki mampu mengekalkan ukuran pinggang mereka walaupun umur meningkat.
Badan kurus bukan isu utama di sini kerana yang lebih penting ialah memiliki berat badan dalam lingkungan sihat melalui amalan pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Keyakinan akan datang sendiri jika kita sihat dan memiliki berat badan seimbang.
Ramai salah faham dan menganggap jika kurus, mereka tidak perlu bersenam. Tanggapan ini perlu diubah kerana ramai orang kurus juga mengalami masalah kolesterol tinggi dan diserang sakit jantung.
Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata saiz pinggang besar dan berat badan berlebihan bukan sekadar masalah kosmetik.
Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko beraneka penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan.
Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.
Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.
Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.
a. Mati awal (disebabkan penyakit)
# Diabetes
# Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
# Strok.
# Gangren.
# Tekanan darah tinggi.
# Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).
# Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.
# Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.
b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan
# Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.
# Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.
# Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).
# Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.
# Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.
# Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.
c. Kesan psikologi
# Resah dan gelisah.
# Tertekan dan murung.
Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:
a. Penurunan kadar kematian
# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.
b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.
c. Diabetis
# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.
d. Kolesterol
# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
# Penurunan 30 peratus trigliserid.
# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?
Dr Faridah berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.
“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.
“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.
“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.
“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.
“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.
Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga
KESAN GEMUK DAN BANYAK LEMAK BADAN
Lemak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.
A. MATI AWAL (DISEBABKAN PENYAKIT)
A. MATI AWAL (DISEBABKAN PENYAKIT)
- Diabetes.
- Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
- Strok.
- Gangren.
- Tekanan darah tinggi.
- Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).
- Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.
- Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.
B. MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYAKITKAN
- Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).
- Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.
- Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.
- Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.
- Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.
- Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.
C. KESAN PSIKOLOGI
- Resah dan gelisah.
- Tertekan dan murung.
- Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:
i Penurunan kadar kematian
# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.
i) Tekanan darah tinggi
# tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.
iii) Diabetis
# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.
iv) Kolesterol
# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
# Penurunan 30 peratus trigliserid.
# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
- Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.
- Strok.
- Gangren.
- Tekanan darah tinggi.
- Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).
- Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.
- Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.
B. MENJALANI KEHIDUPAN YANG MENYAKITKAN
- Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).
- Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.
- Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.
- Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.
- Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.
- Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.
C. KESAN PSIKOLOGI
- Resah dan gelisah.
- Tertekan dan murung.
- Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:
i Penurunan kadar kematian
# Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
# Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
# Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.
i) Tekanan darah tinggi
# tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.
iii) Diabetis
# Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
# Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.
iv) Kolesterol
# Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
# Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
# Penurunan 30 peratus trigliserid.
# Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.
Sakit Jantung
Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah
tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak
mendapat oksigen yang mencukupi
Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam
lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan
penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan
denyutan jantung yang tidak normal
Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan
berekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides)
tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride
yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila
ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.
Kanser
Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap
pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus,
kolon, gall bladder, prostat, buah
pinggang dan post menopausal, breast kanser.
Penyakit Kencing Manis
Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes.
Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan
menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko
kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi
punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab
penyakit kencing
manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan
dengan tumor darah.
Emosi Tidak Stabil
Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan
emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang
keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidak dapat menghadapi hidup yang
normal dan aktif seperti orang lain
Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Mental
Markus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti
termasuklah gangguan kesihatan mental. Kesan mental ini belum dikaji secara
meluas sebagai kesan sampingan obesiti fizikal. Bagaimanapun, bukti menunjukkan
bahawa obes yang negative menjejaskan kesihatan mental. Persaan rendah diri
adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadar
kemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi kerana kajian di Sweden
mendapati orang yang obesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali lebih
cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan kemurungan,
berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal.
Kesan Sampingan Obesiti Dan Stigma Sosial
Markus M, (2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek
dan mendiskriminasikan orang yang obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah
untuk dipersalahkan akan keadaan mereka, dan kegemukan merupakan tanda kecuaian
mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinan mempunyai hubungan sosial dan
hubungan romantik yang sangat kurang berbanding mereka yang tidak gemuk.
Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut bear, terutamanya bagi wanita yang obes.
Walaupun ia mungkin tidak diterima untuk mendiskriminasikan berdasarkan
jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan atau mendera golongan
ini.
Kesan Obesiti Pada Kanak-Kanak
Markus M, (2002) menyatakan, menurut Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (2010), kadar obesiti kanak-kanak telah meningkat sebanyak
tiga kali ganda sejak 1980-an. Hampir 20 peratus daripada kanak-kanak Amerika
Syarikat yang berusia 6 hingga 11 tahun adalah gemuk. Kesan obesiti kanak-kanak
termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah
seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabila dewasa. Kesan obesiti lain
terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan ejek mengejek.
Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang
obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding
rakan-rakan mereka yang tidak obes.
Kesan Terhadap Seksual
Du Plesis et al. (2010) menyatakan, obesiti juga didapati
memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang,
hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang
mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki
manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang. Dalam
kajian di Perancis dan United Kingdom seramai 12,300 orang dewasa berumur 18
hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang
terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang
obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau
erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin. Berat badan yang berlebihan
terutamanya pengumpulan lemak di bahagian perut
boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki. Obesiti akan mengganggu
kemampuan tubuh badan untuk membekalkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan
penghasilan testosteron menurun. Fakta menunjukkan bahawa kaum lelaki yang
aktif secara fizikal dan mempunyai tabiat pemakanan yang sihat lebih cenderung
memiliki kehidupan seks yang berkualiti dan keadaan kesihatan yang baik.